Monday, April 20, 2009

Apa itu Buasir..?

Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran(mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras(pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit(minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan. Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir.

No comments:

Post a Comment