Monday, June 8, 2009

Training in Sweden

Masa ni aku ada training kat VCC ( Volvo Car Corporation ) kat Sweden..
Ni suma officemate kat sana, mm dah veteren kan? tapi diorang suma very nice..kelakar pun ada.. ramai lagi.. ni yang sempat aku ambik kat coffee table, kebetulan tengah coffee break, jap lagi ada potong kek.. ini kebiasaan ataupun tradisi diorang setiap Jumaat ada minum2 petang..and setiap orang take turn bawa kek.
Ada gak yang muda2..tapi tak der plak kat dalam gambar ni. Marie yang sebaya ngan aku tengah ambil gambar, dia jadi photographer jap.
Masa ni hari Jumaat last day aku kat situ..esok ( Sabtu ) dah flight balik Malaysia. Huhuu.. rasa nak stay lagi kat sini.. tapi rindu kat anak tak mampu dibendung lagi..huahua.. hari2 tido mimpi Aqil..macam tulah dah jadi mama..next post nanti aku attach suma gambar masa kat sana.

Sunday, June 7, 2009

Officemate

Hi all, ni gambar aku ngan officemate..( pose tak tahan) hehehe..meh aku perkenalkan sorang2, dari kiri tu Ira, myself, Hanna, Farah, Tasha, Haida & Poline..havoc gila masa nak ambik gambar ni..tapi best..kecoh semacam.. bos der kat dalam bilik tu....keje pun tak berapa nak banyak..so pe lagi..termasuklah aku ni yang dah jadi mak orang pun join adik2 yang cute2 ni..kecuali Poline..dia bukan adik tapi akaaakkk..tapi dia cute gak. Jagan marah poline.. COOLLL!!

Kat tempat keje..


HA.. ni gambar aku masa kat Opis.. fisrt day pakai uniform tau.. baru dapat sekian lamanya menunggu.. huhuhu akhirnya....tapi tailor tu buat seluar aku besar sangat.. dah suruh repair.. tapi tak tau apa yangt dia repair.. huhuhu, malas nak banyak citer aku pun pakai jelah,
dah memang jenisnya aku ni malas nak argue macam2.. walaupunnnnn sebenarnya aku ada hak nak kompalain.. acctually hapy je.. atleast tak yah pening2 hari-hari nak pilih baju mana nak pakai g keje.

Tuesday, May 19, 2009

Myself & Officemate (SPVEA Offshoring)

Gambar ni diambil masa last day training dgn Adisa sebelum dia balik ke Sweden.

Dari kiri tu Farah, Hazli, myself & Tasha,yang mat salleh tu Adisa.

Aku Baru jumpa gambar ni dalam PC. tu yang masukkan dalam blog ni.













Wednesday, May 6, 2009

Virus H1N1

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.
Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :
Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius
Sakit badan
Batuk
Berhingus
Bersin
Sesak nafas
Hilang selera makan
Muntah, dan cirit birit
Kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…
Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 yang bermaksud:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.
Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.
Tanjong Manis, 01 Mei 2009
http://ibnismail.wordpress.com

Saturday, April 25, 2009

Annakku Sayang.. mama luv u

Ha..nilah permata hatiku dan suami tercinta...
Muhmmad Aqil Bin Mohd Faisal..
15/03/2007 jam 9.07 minit malam lahirlah Aqil ke dunia ini dengan disambut dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi dan kegembiraan yang tak terkata. Tahun ini Aqil dah pun berusia 2 tahun.. mama saaayangg Aqil..mmuah.

Monday, April 20, 2009

Ciri2 Wanita Solehah




Tulisan ini cuba mengupas ciri-ciri isteri solehah dan kepentingannya kepada kebahagiaan rumahtangga yang bakal dan telah dibina. Satu renungan untuk kembali kepada panduan Nabi s.a.w dalam membina rumahtangga Muslim yang bahagia.


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH


1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31


2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.


3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)


4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.


5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.


7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.


8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

Apa itu Buasir..?

Buasir atau hemorrhoids merupakan keluhan mereka yang kerap sembelit. Lain-lain faktor yang boleh menyebabkan buasir ialah keadaan meneran(mereka yang sering mengangkat berat dan menjerit), pekerjaan yang duduk lama di atas kerusi keras(pemandu lori, pemacu kuda), mengandung dll. Buasir adalah sebenarnya kusyen tisu jaringan salurdarah yang mengembang di bahagian dubur. Tanda buasir dalaman ialah selepas membuang najis, ia diikuti dengan titisan darah merah sementara tanda buasir luaran ialah bengkak di bahagian dubur yang kadangkalanya menyakitkan. Pesakit buasir hendaklah mengelakkan dari sembelit(minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan makan banyak serat spt sayuran dan buahan). Makanan yang pedas dan berempah juga eloklah dielakkan. Perbuatan yang menjurus kepada meneran hendaklah dihindarkan. Pemeriksaan doktor hendaklah dilakukan untuk memastikan tiada sebab lain seperti tumor pelvik, lemah jantung ataupun portal hipertensi yang menjadi punca buasir.

Sindrom Otak BAyi Bergegar

20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin, sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkan diri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesan lebam dan bengkak di kepalanya.
n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, Britney Spears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospital akibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, Amerika Syarikat.

14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah, seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitan di kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikal yang ditendang oleh seorang peragut.
Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh?
Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.
"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.
Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat
Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.
"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.
"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.
Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.
"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.
"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.
Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Monday, March 30, 2009

Minuman Kesihatan..

Last week aku ada beli satu jenis susu ni namanya Alphalipid. Ada jiran recomendkan aku beli susu ni. Katanya susu ni bagus untuk kesihatan terutama sekali pada orang yang ada penyakit seperti athma, strok dan mcm2 lg lah penyakit kronik.

Aku pun try lah beli satu tin dulu, harganya dalam RM180 setin. First day minum aku dah rasa keberkesanannya..!!tak letih and batuk2 pun dah kurang. FYI aku beli ni pun coz aku dah lama sangat batuk..tak baik2 adalah dalam 1 bulan rasanya batuk berlarutan.. malam plak tak leh tdo.. Happy sangat coz dah ok, Alhamdullillah. Husband aku ada athma.. sejak dia minum ni dah tak payah pakai gas lagi..memang amazing..at least tak rugi & sangat2 berbaloi keluar RM180. One more thing..dia kata merokok pun dah tak best..WAH!! part ni memang aku SUKA..

Mak aku pun minum gak..kaki dia dah tak sakit2 lagi and pening kepala pun dah kurang..mak aku ada darah tinggi, biasanya dia akan rasa sakit kepala atau pening, bila dia minum susu ni ada rasa lega skit..blh dikatakan tak de lah pening2 lagi.

Kalau OK..ingat nak teruskan je minum susu ni, walaupun harganya blh tahan mahal RM180 = 450 grm, tp nak sihat punya pasal aku sanggup.

Monday, March 23, 2009

Bumpper belakang kena cium

Hari ni, g keje macam biasa.. semalam baru balik dari seremban g ambik my mum, bertolak dari subang petang sabtu lepas my beloved hubby balik dari kerja. Dalam pukul 6.30pm gerak dari rumah and singgah kat ofis hubby jab coz dia lupa nak tutup lab. Macam tulah my hubby bz sentiasa busy, nasib baik Sunday tak keje..mmm.

Sampai kat depan Central Sugar berenti lah kat traffic light coz lampu merah ( tandanya berenti lah kan ) elok jer aku tengah borak ngan hubby tetiba dengar bunyi duugg!! sekali toleh belakang aku tengok keta punya lah bagak ( besar ) cium bumper belakang keta kitorang. hubby aku pun keluar g tengok and driver Ford escape tu pun kata " u punya keta tak der apa, no plat saya je tertanggal". Ha, alhamdullillah tak der apa keta kitorang.. dah la nk jalan jauh..hubby aku pun ketuk2 skit bumper tu takut ada kesan yang tak nampak ke..x der apa2 suma ok, so kitorang pun teruskan perjalanan ke Seremban.